Sabah Lapor 2,163 Kes Harian Covid-19

KOTA KINABALU : Sabah mencatatkan kes harian jangkitan Covid-19 sebanyak 2,163 kes menjadikan kumulatif kes di negeri ini mencecah 172,146 kes.

Malaysia secara keseluruhannya merekodkan 19,550 kes dan menjadikan kes kumulatif di negara ini mencecah 1,960,500 kes.

Sebanyak 53 kes kematian dilaporkan di Sabah pada hari ini iaitu 22 kes di Sandakan, 6 kes di Tawau, 5 kes di Penampang, 4 kes di Kota Belud, 3 kes di 3 kawasan iaitu Keningau, Tuaran dan Kota Kinabalu, 2 kes di Kinabatangan dan di Semporna, Tenom, Tongod, Telupid dan Pitas masing-masing merekodkan 1 kes kematian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *