Sabah Ketiga Penerima Pelaburan Tertinggi Di Malaysia

KOTA KINABALU: Negeri Sabah merupakan negeri ketiga dalam negara yang telah menerima jumlah pelaburan tertinggi bernilai RM4.4 bilion dalam sektor pembuatan yang diluluskan oleh Malaysian Investment Development Authority (MIDA), kata Datuk Seri Hajiji Haji Noor Ketua Menteri Sabah sempena mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Invest Sabah Berhad bertempat di Menara Kinabalu.

“Menerusi Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi meningkatkan pelaburan negeri, kita telah berjaya memeterai tiga projek berimpak tinggi iaitu Lok Kawi Resort City, pembinaan fasiliti pembuatan kerajang tembaga dan Projek Kelapa Bersepadu dengan beberapa lagi projek berimpak tinggi akan menyusul yang pastinya akan terus memacu ekonomi negeri dan rakyat.

“Justeru, saya menggesa untuk semua pihak mengekalkan momentum ini serta terus bersinergi antara agensi negeri dan persekutuan bagi memacu pelaburan negeri ini dalam pada masa yang sama terus berusaha untuk menghapuskan halangan birokrasi yang akan membantutkan niat para pelabur untuk melabur di negeri,” kata Hajiji

Leave a Reply

Your email address will not be published.