Sabah jangka muktamad SOP berhubung pelaksanaan ibadah di Masjid,Surau hari ini

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri dijangka akan memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung pelaksanaan ibadah di Masjid dan Surau di Sabah pada hari ini  berikutan fasa peralihan ke endemik bermula 1 April ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia termasuklah kebenaran pelaksanaan solat sunat Tarawih dan penjarakkan fizikal (merapatkan saf).

โ€œPada hari ini kita ada mesyuarat Kabinet dan selepas itu kami akan berbincang bagi memutuskan berhubung dengan SOP dengan Masjid dan Surau, mudah-mudahan ada keputusan positif.

โ€œSekiranya pun diberi kebenaran untuk merapatkan saf, kita juga akan menetapkan beberapa SOP dibawah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Mufti bersama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS); Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),โ€katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Khatam Al-Quran Perdana Saudara Kita di Wisma MUIS disini hari ini.

Terdahulu, Mohd Arifin berkata, majlis yang dilaksanakan anjuran JHEAINS dan MUIS itu melibatkan seramai 60 orang peserta dari golongan Mualaf.

Katanya, program itu telah dilaksanakan beberapa bulan lalu selain turut dibuat menerusi secara maya dan dibimbing oleh guru-guru dari JHEAINS dan MUIS.

โ€œSaya ucapkan syabas dan tahniah kepada peserta dan semua yang terlibat.  InsyaAllah kita akan memperluaskan lagi program seumpama ini diperingkat bahagian.

โ€œKita akan memartabatkan lagi usaha membudayakan Al-Quran dikalangan masyarakat khususnya dikalangan saudara baru,โ€katanya. -SM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *