Sabah Futsal kejutkan Pahang Rangers FC di saat akhir

KOTA KINABALU: Sabah Futsal berjaya membuat kejutan kepada Pahang Rangers FC pada perlawanan pra musim yang dilangsungkan semalam (Rabu) dengan berjaya mengikat keputusan seri 4 sama.

Pada pusingan pertama Pahang Rangers FC dilihat yakin dan mempengaruhi permainan serta berjaya menjaringkan dua gol melalui dua pemain berbisa skuad Pahang Awalluddin dan Khairul, masing – masing menjaringkan satu gol.

Tetapi apabila masuk separuh masa yang kedua, Sabah dilihat lebih yakin apabila diawal permainan ketua skuad Sabah, Yazid menjaringkan gol pertama untuk skuad Sabah. Sekaligus membangkitkan semangat skuad Sabah untuk menyerang secara bertubi-tubi di kawasan lawan.

Dalam minit – minit terakhir perlawanan skuad Sabah berjaya mendahului 4 gol, 3 gol dalam masa kedua berjaya dijaringkan oleh Yazid sekali lagi, zulhari @ sapik, dan razin meninggalkan skuad Pahang yang mempunyai 3 gol.

Namun skuad Pahang berjaya bangkit untuk mendapatkan gol terakhir yang membawa kepada keputusan seri pada perlawanan kali ini.

Ternyata sentuhan “magic” daripada jurulatih import dari Indonesia, saudara Wahyudin memberi kesan yang hebat kepada corak permainan skuad Sabah dalam permainan kali ini. Skuad Pahang yang mempunyai kelebihan kerana mempunyai banyak masa berlatih dan bersedia dari tahun 2020 berjaya diikat dengan kebangkitan Skuad Sabah.

Dilihat kedua-dua skuad masih tidak menurunkan semua permain yang berbisa dan masih menyimpan strategik sebenar tetapi malam semalam tetap merupakan perlawanan menarik. Kerana dapat dilihat dengan perubahan wajah dan strategik skuad Sabah yang dilihat lebih berani dan berbisa dalam setiap serangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *