Sabah capai hasil negeri tertinggi tahun lepas

TAWAU: Sabah mencapai hasil negeri tertinggi pada 2021 dengan memperoleh sejumlah RM5.49 bilion hasil usaha kerajaan negeri walaupun pandemik masih berlaku.
Pembantu Menteri Kewangan Datuk Nizam Datuk Seri Abu Bakar Titingan berkata pencapaian itu tidak pernah dilihat sebelum ini sejak merdeka dan menekankan usaha pemimpin semasa dalam pencapaian itu.

โ€œIni menunjukkan Ketua Menteri kita sekarang dan kerajaannya menuju ke arah yang betul kerana keuntungan itu akhirnya akan memberi manfaat kepada setiap rakyat Sabah,โ€ katanya dalam pertemuan dengan anggota Kapitan Cina dan Persatuan Wartawan daerah ini, di pejabatnya pada Jumaat.

Nizam berkata rakyat perlu meneruskan sokongan mereka kepada kerajaan sedia ada secara keseluruhannya tanpa mengira kaum atau agama kerana perpaduan adalah antara tonggak yang mesti dikekalkan bagi memastikan sebuah negeri dan kerajaan yang kukuh.

Beliau juga berkata kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dijangka akan berterusan dan ini akan meningkatkan lagi kestabilan negara khususnya dalam sektor ekonomi.Dalam perkembangan lain, Nizam yang juga Adun Apas berkata fasa endemik akan bermula dalam tempoh terdekat kerana kerajaan telah melakukan banyak usaha untuk mencapainya.

โ€œDengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dilaksanakan serta langkah-langkah lain yang dimulakan, terpulang kepada kita sebagai rakyat Malaysia untuk mengikuti dan memastikan kita sentiasa selamat walaupun terpaksa hidup dengan virus di tengah-tengan kita,โ€ tambahnya.

Beliau menggesa mereka yang menyambut Tahun Baharu Cina supaya mematuhi SOP yang sedang berkuatkuasa kerana pelaksanaan itu bertujuan untuk melindungi mereka.Nizam turut merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan masyarakat Cina dalam program-program lepas di DUN Apas dan berharap kerjasama itu dapat diteruskan dalam usaha untuk membantu orang lain pada masa akan datang. – SBN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *