RM6.6 Juta untuk projek jalan raya, jambatan saluran paip

KOTA MARUDU: Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM6.6 juta bagi membangunkan dua projek infrastruktur dijangka bermula November ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata projek itu melibatkan kerja-kerja melebarkan jalan raya berkembar  Pekan Kota Marudu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Katanya, jumlah itu merangkumi projek jambatan saluran paip sepanjang 100 meter yang menelan belanja RM1.6 juta di Kg Simpangan Sungai Bandau untuk menangani masalah bekalan air di daerah tersebut.

โ€œProjek pertama adalah untuk melebarkan jalan berhampiran dengan Pekan Kota Marudu yang kerap berdepan dengan masalah kesesakan terutama apabila menjelang hari perayaan.

โ€œUntuk tujuan ini, sebanyak RM5 juta diperuntukkan sebagai kos awalan bagi projek berkenaan.

โ€œManakala, RM1.6 juta lagi diperuntukan untuk membina jambatan saluran paip untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air dan kerosakan paip di daerah ini.

โ€œDiharapkan kedua-dua projek akan dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk Kota Marudu,โ€ katanya.

Beliau yang mengadakan lawatan kerja sehari ke daerah berkenaan turut menghadiri Majlis Pemimpin bersama Rakyat Kota Marudu di Dewan Komuniti, sebelum melawat ke Loji Air Bandau dan mengikuti taklimat cadangan pembinaan jambatan paip yang disampaikan oleh Jurutera Air Daerah, Jozs Band.

Sementara itu, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Wetrom Bahanda menyatakan peruntukan tersebut memberi manfaat kepada 80,000 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri Bandau.

โ€œTerima kasih kepada kerajaan negeri atas peruntukan yang diberikan dan rakyat Kota Marudu akan melihat ini sebagai satu perkembangan yang positif.

โ€œKedua-dua projek ini dijangkakan akan bermula hujung tahun ini dan saya berharap akan dapat meminimumkan masalah yang dihadapi oleh penduduk,โ€ jelasnya.

Pada majlis itu, Hajiji menyerahkan 51 geran tanah anak negeri,ย  kelulusan Warta Simpanan Perkampungan Tanah Sawit Kinabalu dan Warta Simpanan Perkampungan kepada Pengerusiย Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)ย Kg. Asin-Asin dan Kg. Terintidon. -SNT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *