Ranau: Dua Laluan Terjejas Akibat Tanah Runtuh
RANAU: Dua kejadian tanah runtuh berlaku di Ranau menyebabkan kedua-dua jalan di Kampung Bongkud dan Kompleks Sukan Ranau terjejas, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib dalam kenyataan media berkata, kejadian tanah runtuh pertama berlaku di Jalan Bongkud, Kg Bongkud, Ranau.
Pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.50 pagi dan menggerakkan sepasukan tujuh anggota bersama jentera ke lokasi kejadian sejauh 21 kilometer dari balai.
Sebaik tiba di lokasi pasukan bomba mendapati tanah runtuh menghalang laluan jalan raya.
Pasukan bomba menjalankan operasi dengan memotong dan membersihkan pokok tumbang di lokasi.
Setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain operasi ditamatkan pada jam 10.20 pagi.
Sementara kejadian kedua berlaku Di Jalan Kompleks Sukan Ranau dimana pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.45 pagi.
Pasukan bomba dikerahkan ke lokasi bersama unit EMRS.
Sebaik tiba di lokasi mendapati berlaku kejadian tanah runtuh yang menutup keseluruhan jalan raya.
Pasukan bomba bertindak memasang sawar-sawar bagi menghalang kenderaan melalui jalan terbabit.
Setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain operasi ditamatkan pada jam 12.10 tengah hari.
Bilik kawalan BBP Ranau telah menghubungi pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memaklumkan dua kejadian kes tanah runtuh terbabit untuk tindakan selanjutnya. – Sabah360