Pusat Kebudayaan PRBSS memantapkan sosiobudaya etnik Bajau Sama – Hajiji

TUARAN: Pusat Kebudayaan Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah (PRBSS) mampu menyumbang kepada kebanggaan serta kemajuan sosiobudaya etnik Bajau Sama di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pusat kebudayaan siap sepenuhnya Julai lalu, mampu menjadi satu tarikan baharu kepada pelancong, sekali gus sebagai mercu tanda etnik di negeri ini.

Katanya, selepas kejayaan menubuhkan PRBSS Mei 2012 lalu semua ahli berusaha memastikan pembinaan pusat kebudayaan dirancang dapat dilaksanakan.

“Alhamdulillah, dalam tempoh dalam 10 tahun penubuhan PRBSS, membuahkan hasil dengan siapnya Pusat Kebudayaan Persatuan Rumpun Bajau Sama ini. Syabas kepada anda semua.

“Adalah juga menjadi matlamat PRBSS dan bangunan Pusat Kebudayaan untuk memperbaiki amalan budaya etnik Bajau Sama agar selari dengan amalan etnik lain.

“Kejayaan membina pusat kebudayaan ini menunjukkan konsisten bagi memastikan etnik Bajau Sama tidak dilupakan ataupun terlepas pandang, terutama generasi muda di masa depan,” katanya.

Hajiji yang juga Presiden persatuan merakamkan terima kasih kepada bekas Ketua Menteri itu kerana pusat kebudayaan ini tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa bantuan dan kerjasama daripadanya.

Sementara itu,  idea menubuhkan sebuah badan untuk menjaga budaya dan tradisi Rumpun Bajau Sama tercetus untuk memastikan semua yang terkandung dalam Rumpun Bajau Sama dapat dipelihara hingga ke anak cucu.

“Saya masih ingat lagi ketika kami berkumpul di sebuah hotel di Kota Kinabalu untuk menggerakkan idea ini dengan penuh semangat.

“Hari ini, saya berbangga kerana ramai ahli-ahli PRBSS mempunyai fikiran yang sama merangkumi semua etnik Bajau Sama di seluruh pelusuk negeri Sabah.

“Ini termasuk suku kaum Bajau di sebelah pantai timur Sabah yang berkongsi hasrat yang sama untuk bersatu sebagai keluarga besar Rumpun Bajau Sama,” katanya.

Hajiji berkata persatuan itu mengiktiraf kerja baik dilakukan termasuk United Sabah Bajau Organisation (USBO) dahulunya dikenali sebagai Persatuan Bajau Sama Sabah (PBSS). -SNT

Leave a Reply

Your email address will not be published.