Program penyeragaman harga beri manfaat kepada rakyat

TAWAU : Pelaksanaan program penyeragaman harga yang dilaksanakan di enam buah negeri pada tahun ini merupakan suatu program yang sangat bermanfaat kepada rakyat di negeri-negeri terlibat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, menerusi program itu, Kerajaan menanggung kos pengangkutan dan Penghantar Barang (Transporter) untuk membawa tujuh barangan subsidi atau kawalan dari pembekal di bandar ke kawasan-kawasan pedalaman terpilih.

Antara negeri yang terlibat adalah di Sabah, Sarawak, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

โ€œSebagai makluman, Pulau Sebatik mempunyai 28 Point of Sales (POS) yang merupakan pusat jualan, kedai runcit yang membeli bekalan barangan yang dihantar oleh transporter dan menjual barangan tersebut kepada pengguna setempat dengan harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

โ€œManakala kuota bulanan bagi barangan perlu di Pulau Sebatik seperti beras adalah sebanyak 52,400 kilogram (kg), gula (13,300kg), tepung gandum (3,800kg), Minyak masak peket (10,500kg), gas cecair (1,400 tong), petrol RON95 (46,200 liter) dan diesel (25,600 liter).

โ€œSebanyak 845 POS diwujudkan di Sabah dan jumlah keseluruhan POS di seluruh negara adalah 2,005,โ€ katanya dalam kenyataan selepas mengadakan lawatan kerja ke Pulau Sebatik disini hari ini.

Lawatan itu meliputi kawasan pengedaran barang kawalan dan bersubsidi serta program penyeragaman harga di Kampung Sungai Tongkang dan Kampung Mentadak.

Rosol berkata, lawatan kerja itu juga adalah bertujuan untuk meninjau keberkesanan program yang telah dilaksanakan Kerajaan di Pulau Sebatik sejak 2012.

โ€œData dan informasi ini sangat penting untuk kementerian menambahbaik mekanisma penyaluran subsidi dan meneliti alternatif seperti pelaksanaan Subsidi Bersasar bagi menjamin penyaluran yang tepat kepada golongan sasar.

โ€œDalam masa yang sama dapat mengurangkan ketirisan dalam usaha Kerajaan mengurangkan beban fiskal Kerajaan dalam soal subsidi,โ€ katanya.

Sementara itu, Rosol berkata, program yang dilaksanakan kerajaan itu merangkumi Program Pengedaran Barang Perlu.

Antaranya ialah beras, gula putih paket 1kg, tepung gandum kegunaan am paket 1kg/ tepung gandum bukan kegunaan am paket 1kg, minyak masak paket 1kg/ botol 1 liter, Gas Cecair Petroleum (LPG) dan Community Drumming (Petrol RON95 dan Diesel).

โ€œTanpa program ini, barang-barang tersebut pastinya terpaksa dijual mahal kerana faktor pengangkutan dan transporter yang kini ditanggung oleh Kerajaan.

โ€œPada tahun 2022 Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM240 juta untuk Program Penyeragaman Harga yang melibatkan Pengedaran Barang Perlu, Gas Petroleum Cecair dan Community Drumming, RM400 juta untuk Program Penstabilan Harga Minyak Masak dan RM40 juta untuk Subsidi Tepung Gandum Kegunaan Am,โ€ katanya.-SM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *