Program Pengagihan Bubur Lambuk dan Kuih Raya

KOTA KINABALU, 3 MEI 2021: Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah telah menghadiri Program Pengagihan Bubur Lambuk dan Kuih Raya yang berlangsung di Ruang Legar, Aras 1, Blok A, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

Program anjuran Persatuan Usahawanita (UNITA) Daerah Sipitang dengan kerjasama Syarikat Adabi Sabah Distribution Sdn Bhd itu bermula sekitar jam 4 petang dalam suasana norma baharu.

Turut hadir pada program itu, YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas, YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, serta beberapa jemputan lain.

Pada majlis itu, YAB Ketua Menteri Sabah telah melakukan simbolik pengagihan bubur lambuk dan kuih muih kepada Ketua-Ketua Jabatan.Bagi Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, simbolik penyerahan telah diterima oleh YBrs. Mohammad Effendi Jamaludin, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.