Program Huffaz Profesional diperkenalkan

KOTA KINABALU: Sekitar MOU antara MUIS dengan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Universiti berkenaan.

UNITEN memperkenalkan program Huffaz Profesional dengan membuat pengambilan pelajar dalam bidang profesional bersama subjek tahfiz al-Quran yang mendapat kerjasama dengan Darul Quran JAKIM.

Ini bermakna penuntut yang mengikuti program ini akan lulus dalam bidang kejuruteraan misalnya sekaligus juga akan berjaya dalam tahfiz al-Quran

MOU ini adalah pelanjutan serta usaha memperluaskan bidang yang diambil oleh pelajar tajaan MUIS melalui Bahagian Zakat sejak tahun 2013.

Mou kali ini adalah untuk menambah bidang yang bakal diceburi yang meliputi kejuruteraan, perakaunan dan digital serta memberikan ruang untuk anak-anak Sabah melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan PhD.

Seramai 25 pelajar tajaan MUIS telah selesai mengikuti pengajian di UNITEN.

MUIS akan meneruskan tajaan lagi menerusi MOU pendidikan tersebut yang tandatangi oleh TYDP MUIS Ustaz Malai Ali Malai Ahmad dan SU/CEO MUIS Encik Ramlan Ag. Ali serta Prof Datuk TS Dr Mohd. Zamri bin Yusof TNC Hal Ehwal Pelajar UNITEN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *