PPM Tawau komited menjaga perairan sempadan negeri demi mengawal penularan Covid-19

TAWAU : Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau masih terus komited dalam usaha menjaga keselamatan sempadan negeri dan mengawal baik kawasan perairan dalam mengawal penularan Covid-19 daripada luar sempadan.

Sebuah bot dari negara jiran yang membawa empat pendatang tanpa izin (PTI) telah berjaya dihalang oleh PPM dari masuk ke Tawau di kawasan laut Tanjung Saima, Pulau Sebatik, di sini.

Menurut pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 4 Tawau, DSP Ridzauddin Selamat, bot tersebut membawa empat orang penumpang bukan warganegara berusia antara 40 hingga 54 tahun terdiri tiga lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa.

Bot tersebut kemudian diiring keluar dari perairan negara dan diarahkan supaya tidak kembali semula ke negara ini bagi mengekang penularan wabak penyakit COVID-19.

“Juragan bot dan kesemua penumpang diberi penerangan berkaitan pematuhan SOP COVID-19 sepertimana yang ditetapkan dalam perintah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *