PKR Sabah berterima kasih atas peruntukan RM 3.1 juta kepada 31 ADUN pembangkang

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menzahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor atas peruntukan khas RM 3.1 juta kepada setiap seorang wakil rakyat pembangkang di negeri ini bagi mengatasi penularan pandemik COVID-19.

Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew berkata beliau turut menghargai Hajiji bersikap terbuka dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari barisan pembangkang di Sabah.

“Saya berterima kasih kepada Ketua Menteri Sabah atas pertimbangan dan keterbukaan minda beliau.

“Walaupun RM100,000 untuk setiap seorang ADUN mungkin tidak mencukupi untuk kami menjalankan tugas di kawasan jagaan kami, saya percaya Ketua Menteri akan mempertimbangkan semula untuk menambah jumlahnya sekiranya kami kehabisan dana untuk berkhidmat di kawasan kami,” katanya dalam satu kenyataan media.

Christina yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api walau bagaimanapun turut mencadangjan Hajiji harus memberikan peruntukan pembangunan yang sama kepada barisan pembangkang seperti yang dilakukan pemimpin kepada pembangkang di negeri Perak dan Johor.

“Langkah ini akan membolehkan wakil rakyat membantu kerajaan dalam pembangunan sosio-ekonomi di setiap kawasan.Saya percaya Ketua Menteri akan mempertimbangkan cadangan ini,” katanya.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *