Perolehan tanah kegunaan persekutuan di Sabah dilakukan menerusi dua kaedah

Oleh: Ranya Saai

KOTA KINABALU: Terdapat dua aedah perolehan tanah untuk kegunaan persekutuan di Sabah iaitu menerusi kaedah pengambilan tanah geran persendirian dengan peruntukan pampasan tanah dari agensi persekutuan dan melalui kaedah permohonan tanah kerajaan.

Pengarah Tanah Dan Ukur Sabah, Bernard Liew Chau Min berkata kerajaan negeri sebelum ini telah memutuskan agar semua tanah untuk kegunaan Persekutuan melalui kaedah Permohonan Tanah atas tanah
kerajaan tidak akan dikeluarkan geran tanah ke Persekutuan pada tahun 2016.

“Tanah atas tanah kerajaan tidak akan dikeluarkan geran tanah ke Persekutuan. Tanah tersebut akan kekal milikan Kerajaan Negeri melalui pewartaan dibawah Seksyen 28, Ordinan Tanah Sabah.

“Manakala tanah kegunaan persekutuan hasil dari proses pengambilan tanah dan pampasan tanah telah dibayar oleh agensi
persekutuan akan kekal dikeluarkan geran tanah.

“Contoh tanah-tanah kegunaan persekutuan yang diwartakan dan tanah kekal
pemilikan Kerajaan Negeri ialah tapak Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja
Malaysia yang terletak di Jalan Sulaman dan Balai Polis di Tawau.

“Tanah-tanah kegunaan Persekutuan yang dikeluarkan geran tanah pula adalah
merupakan geran tanah pajakan selama 99 tahun. Agensi persekutuan perlulah
membayar premium tanah dan sewa tanah tahunan seperti pemilik-pemilik
geran tanah yang lain,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Bernard turut berkata semua geran tanah persekutuan yang diserahkan pada 18 Februari lepas adalah sebahagiannya tanah-tanah hasil pengambilan tanah dan sebahagian lagi
merupakan kelulusan tanah sebelum tahun 2016 dimana premium tanah telah dijelaskan.

“Tanah-tanah bergeran yang diberikan kepada agensi persekutuan adalah khas
digunakan untuk kegunaan pembinaan fasiliti awam seperti sekolah, hospital,
klinik kesihatan, balai polis, balai bomba serta pejabat pos di mana ianya adalah
untuk kegunaan dan kemudahan orang awam.

“Kebanyakan tanah-tanah yang diserahkan adalah tanah yang telah sedia
dibangunkan dengan bangunan sekolah, hospital, balas polis dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan
Kerajaan negeri Sabah telah menyerahkan sejumlah 177 geran tanah kepada Kerajaan Persekutuan yang melibatkan jumlah sebenar 519.444 hektar.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published.