Perkampungan Khat Kaligrafi jadikan Sabah sebagai dataran perkembangan kaligrafi Islam nusantara

KOTA KINABALU :  Bengkel dan Perkampungan Khat Kaligrafi Antarabangsa menjadi antara aktiviti yang akan diadakan sempena penganjuran Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara tahun ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Arif berkata, program itu adalah bagi menggalakkan seni penulisan khat dapat terus berkembang dan lestari.

โ€œMahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara kali ini akan kita besarkan lagi dengan melibatkan bengkel dan perkampungan khat kaligrafi antarabangsa.

โ€œKali ini kita akan panggil pakar-pakar khat atau pencipta serta penggiat kaligrafi Islamik dari Mesir; Turki; Indonesia dan beberapa negara lain,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Raya Perdana Agensi-Agensi Islam Sabah di Dewan Saadah Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini semalam.

Majlis turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Mohd Arifin berkata, bengkel dan perkampungan itu diadakan adalah bagi menjadikan Sabah sebagai  satu salah dataran perkembangan kaligrafi Islam di seluruh nusantara.

โ€œMahrajan pada tahun ini akan kita undang sasterawan dan seniman serta penggota sastera dan budaya di seluruh nusantara.

โ€œPenulisan khat ini adalah menjadi antara sebahagian pengisian dari mahrajan ini.ย  Bengkel dan perkampungan ini akan kita buat penghujung September di Kundasang dan juga Kota Kinabalu,โ€ katanya. -SM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *