Perinci maklumat tubuh Yayasan Pendidikan Islam: Arifin

KENINGAU: Semua agensi Islam di Sabah disaran memperincikan maklumat bagi menubuhkan Yayasan Pendidikan Islam.

Menurut Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif,ย agensi yang terlibat termasuklah Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sabah (JHEAINS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

โ€œKita telah memintaย JHEAINS, MUIS dan juga Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas untuk berbincangย dengan rakan-rakan yang berpengalaman dalam mewujudkan yayasan ini.

โ€œDalam masa terdekat, kita akan mengadakan perbincangan dan meneliti model dari negeri-negeri lain untuk kita gabungkan bagi penubuhan Yayasan Pendidikan Islam Sabah,โ€ katanya kepada media di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Tahfiz Al Ilmi di sini, pada Jumaat.

Tambah beliau, yayasan tersebut akan diletakkan di bawah seliaan MUIS yang memberi tumpuan kepada dana serta perancangan program-program pendidikan Islam di Sabah seawal tadika hingga ke kolej dan universiti.

Hadir mengiringi lawatan kerja beliau hari ini ialahย Timbalan Pengarah (Pengurusan) JHEAINS Ramlan Awang Ali,ย Setiausaha Politik Kepada Menteri Tugas-Tugas Khas Amat Mohd Yusof,ย Setiausaha Menteri Kepada Menteri Tugas-Tugas Khas Sabdin Ibrahim dan Pengetua SAR Tahfiz Al Ilmi Shahrizal Mohd Shom.

Dalam sesi lawatan itu,ย Arifin yang juga Exco Pendidikan Negeri menyampaikan Bantuan COVID19 untuk makan minum para pelajar berjumlah RM38,400 dan sumbangan pengurusan sekolah agama dan tahfiz bernilai RM20,000.

SAR Tahfiz Al Ilmi yang beroperasi sejak enam tahun lalu, kini mempunyai 132 pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 dengan 13 tenaga pengajar serta 12 ahli pemegang amanah. 

Membawa misi menjadi sekolah swasta yang terunggul menjelang tahun 2035, SARย Tahfiz Al Ilmiย dibina di atas tanah wakaf dengan kos keseluruhan pembinaan bangunan mencecah RM2.2 juta hasil sumbanganย Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan sumbangan masyarakatย Sabah, Semenanjung Malaysia serta Brunei Darussalam. -SUMBER: JABATAN PENERANGAN SABAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *