Penyerahan 108 lembu sempena Hari Raya Aidiladha

TUARAN: Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah hadir ke Masjid Haji Noor Kg Serusup, Tuaran bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Binatang Korban Sempena Hari Raya Aidiladha 1442H/2021M.

Ketua Menteri yang juga ADUN Sulaman akan mengagihkan 108 ekor lembu kepada beberapa agensi kerajaan seperti PDRM, TLDM, ATM, RELA dan juga 33 buah Masjid serta 17 buah Surau di dalam kawasan Parlimen Tuaran.

Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah YB Datuk Hj Mohd Arifin Mohd Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, YB Datuk Jahid Jahim, Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Jasnih Daya, Pembantu Menteri Kewangan dan YB Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.