Penubuhan MRS membela hak-hak artis tempatan Sabah

KOTA KINABALU: Music Rights Sabah Berhad (MRS) yang menjadi badan pelesenan muzik yang diiktiraf kerajaan pada awal tahun ini, akan memberi pembelaan sewajarnya kepada hak penggiat seni tempatan di Sabah, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Sehubungan dengan itu beliau berharap agar pengiat seni di Sabah akan terus berkarya baik dalam bidang muzik mahu pun sebagai penyanyi.

โ€œPenubuhan MRS pada Januari lalu, tepat pada masanya untuk memberi pembelaan sewajarnya kepada artis-artis tempatan Sabah. MRS secara rasmi menjadi badan pelesenan muzik yang diiktiraf kerajaan bagi menjaga kebajikan artis tempatan dalam industri muzik di negeri ini.

โ€œBadan ini diiktiraf untuk menjalankan aktiviti kutipan royalti mewakili penyanyi, pemuzik, pembuat video muzik dan syarikat rakaman tempatan membabitkan etnik di negeri ini.

Justeru, dengan adanya badan ini, ia akan menggalakkan penggiat seni tempatan terus berkarya dan memartabatkan industri muzik tempatan di negeri ini.

โ€œTiada istilah lambat dalam hal ini (mengiktiraf hak-hak anak seni di Sabah baik penyanyi atau pun pemuzik) kerana kita sentiasa bergerak ke hadapan dan mencari kaedah terbaik untuk melindungi mereka,โ€ katanya ketika merasmikan Program Riuh Bah! Bersama Hotlink di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Jumaat.

Ketua Menteri berkata program selama tiga hari itu pasti akan menjadi medan untuk merancakkan lagi industri kreatif di Sabah sekali gus memberikan manfaat kepada komuniti setempat serta rakyat secara keseluruhannya.

Sehubungan itu beliau menyarankan agar persatuan dari pelbagai etnik di Sabah terus
memperkasa seni budaya, adat resam dan bahasa masing-masing agar tidak hanyut
dengan kepesatan arus globalisasi.

โ€œHal ini penting agar kepelbagaian budaya di negeri ini terus diperkukuh dan tidak
dipinggirkan oleh kemodenan dan kemajuan teknologi. Kita tidak boleh biarkan mana๏ฟพmana etnik itu pupus begitu sahaja tanpa mengetahui kewujudannya.

โ€œSaya percaya masih banyak lagi budaya dari segi tarian dan muzik pelbagai etnik di negeri ini yang masih belum diterokai untuk diketengahkan,โ€ katanya.

Ketua Menteri juga berharap program `RIUH BAH! Bersama Hotlinkโ€™ akan membantu mempromosikan seni kreatif tempatan yang ada di Sabah untuk diangkat hingga ke peringkat antarabangsa.

โ€œSemoga insiatif kerajaan ini akan dapat merancakkan kembali aktiviti ekonomi berkaitan industri kreatif, khususnya di Sabah,โ€ katanya.

Yang turut hadir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Haji Musa; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datoโ€™ Sri Haji Mohammad Mentek dan Pengerusi MyCreative Venture Sdn Bhd, Noor Azmi Mat Said dan Ketua Pegawai Eksekutif Maxis merangkap Rakan Strategik Utama RIUH BAH! bersama Hotlink, Gokhan Ogut. -SBN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *