Penjaja kecil perlu tampil kreatif, pasarkan produk: Amisah
RANAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Amisah Yassin menyarankan para penjaja kecil supaya tampil lebih kreatif bagi memasarkan produk keluaran masing-masing.
Katanya, pandemik COVID-19 yang melanda dua tahun lalu banyak menjejaskan golongan peniaga mahupun golongan yang bekerja.
“Peniaga hari ini perlu tingkatkan kreativiti pemasaran terutamanya penggunaan aplikasi dalam talian mahupun melalui media sosial.
“Selain itu, apabila COVID-19 melanda banyak transaksi tanpa tunai dijalankan, jadi saya mahu penjaja kecil juga tidak ketinggalan untuk terlibat sama.
“Penjaja kecil khususnya golongan wanita tempatan yang terdiri daripada suri rumah dan ibu tunggal perlu mendominasi bidang perniagaan khususnya secara kecil-kecilan seperti produk makanan mee kuning, ” katanya.
Beliau berkata demikian semasa penutupan Kursus Pembuatan Mee Kuning di Dewan Kampung Sinarut Ranau, semalam. -SM