Penguat kuasa ditahan SPRM kes rasuah urusan keluar Mykad

SANDAKAN: Seorang anggota penguat kuasa diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM5,000.

Suapan berkenaan bagi urusan pengeluaran kad pengenalan warganegara Malaysia.

Menurut sumber, suspek berusia 42 tahun ditahan di pejabat SPRM Sandakan kira-kira 9.30 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, suspek dipercayai meminta dan menerima suapan daripada seorang individu sebagai upah menguruskan pengeluaran kad pengenalan.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

“Suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM dan dijangka dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan pada hujung bulan ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya.-BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *