Pendekatan G2G selesai isu tuntutan Sulu-Bung Moktar

KOTA KINABALU: Perbincangan melalui kerajaan kepada kerajaan (G2G) antara Malaysia dan Filipina perlu dilakukan bagi mencari titik akhir kepada isuย tuntutan Suluย terhadap Sabah.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, langkah permulaan perlu diambil bagi menyelesaikan isu tuntutan itu biarpun kerajaan Filipina masih kekal dengan pendirian tidak iktiraf Sabah sebahagian daripada Malaysia.

Beliau berkata, isu sebegini sudah berlarutan sekian lama maka, sudah tiba masanya untuk menyelesaikan isu ini demi mengekalkan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

โ€œTiba masa untuk penyelarasan dilakukan oleh kedua-dua negara kerana apabila pilihan raya di Filipina, isu tuntutan Sabah akan menjadi bahan utama kempen mereka,โ€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bung Moktar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, beliau yakin dengan kemampuan pasukan keselamatan negara dalam mempertahankan sempadan dan kedaulatan Sabah.

Katanya, tidak mustahil insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 2013 boleh berulang dan itu sebabnya pasukan keselamatan sentiasa bersedia menghadapi sebarang ancaman.

โ€œPencerobohan berulang mungkin boleh berlaku namun, saya yakin pasukan keselamatan kita cukup bersedia mempertahankan setiap inci sempadan negeri Sabah.

โ€œMalah, saya sendiri selalu berhubung dengan agensi yang berkaitan seperti Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengenai keadaan dan pemantauan keselamatan negeri ini,โ€ katanya.

Bung Moktar berkata, isu tuntutan Sulu terhadap Sabah ini sering dibangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat.

Namun, Sabah kekal dengan pendirian untuk tidak mengiktiraf tuntutan yang dibuat oleh waris Kesultanan Sulu itu kerana rakyat di negeri ini memilih untuk bersama Malaysia semasa pungutan suara dilakukan melalui Suruhanjaya Cobbold sebelum pembentukan Malaysia pada 1963.

Beliau berkata, sehingga kini Filipina tidak membuka pejabat kedutaan di Sabah kerana mereka masih beranggapan Sabah sebahagian daripada Filipina.

Namun, melalui Suruhanjaya Cobbold mengesahkan bahawa rakyat Sabah memilih untuk sama-sama membentuk Malaysia.

Jelas beliau, kedudukan Sabah dalam Malaysia tidak boleh dipertikaikan kerana kerajaan akan mempertahankan setiap inci negeri Sabah. โ€“ย UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *