Pendaftaran Lewat Kes Positif di Sabah Menjadikan Kes Meningkat Banyak Kelmarin

KOTA KINABALU : Jurucakap rasmi Covid-19 negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menjelaskan bahawa peningkatan kes kepada 2,738 kes kelmarin berbanding hari sebelumnya iaitu sebanyak 2,583 kes itu adalah akibat kelewatan pendaftaran kes positif yang berlaku di negeri itu.

Masidi menjelaskan bahawa pendaftaran lewat itu berpunca daripada banyaknya kes yang perlu diambil daripada pelbagai daerah di Sabah. Masidi juga memberitahu bahawa proses penelitian dan penyemakan data dilakukan secara teliti dan itu juga melambatkan sedikit proses pendaftaran kes positif di negeri itu.

Menurutnya lagi, sebanyak 1,012 kes daripada jumlah kelmarin telah lewat didaftarkan selepas dua sehingga tiga hari keputusan saringan itu disahkan. Manakala sebanyak 223 kes didaftarkan lewat empat sehingga lima hari dan sebanyak 247 kes didaftarkan lewat melebihi lima hari selepas keputusan saringan diperoleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published.