Pendaftaran Gabungan Rakyat Sabah tunggu kelulusan ROS

KOTA KINABALU: Walaupun sebelum ini terdapat perbezaan pandangan mengenai pendaftaranย Gabungan Rakyat Sabahย (GRS), akhirnya pendaftaran gabungan itu telah dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, permohonan untuk mendaftarkan GRS dikemukakan kepada ROS pada dua minggu lalu.

โ€œKami masih menunggu (kelulusan) kerana mereka (ROS) meminta maklumat lanjut namun, kami belum lagi memberikannya (maklumat diperlukan),โ€ katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program pemberian imunisasi vaksin dewasa, kanak-kanak dan dos penggalak di Wisma Innoprise hari ini.

Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai proses pendaftaran GRS sebagai gabungan parti politik rasmi di Sabah.

Mengulas mengenai Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Masidi berkata, negara ini mengamalkan sistem demokrasi maka sesiapa sahaja boleh menubuhkan parti baharu.

Namun, beliau tidak mengulas tentang hasrat KDM mahu menyertai GRS.

Sebelum ini, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, beliau tidak melihat isu pendaftaran GRS memberi sebarang kesan kepada politik Sabah.

โ€œSaya melihat GRS ini sama ada didaftar atau tidak, ia tidak mendatangkan apa-apa impak kepada mana-mana pihak kerana GRS ini cuma platform mewujudkan sebuah kerajaan,โ€ katanya.

Pada Sabtu lalu, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili memberi gambaran awal mengenai barisan kepimpinan GRS namun, barisan kepimpinan secara rasmi hanya akan diumumkan oleh Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor sebaik sahaja gabungan parti politik itu didaftarkan.

Ketika ini, GRS dianggotai oleh komponen Barisan Nasional (BN) seperti UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS); komponen Perikatan Nasional (PN) iaitu Bersatu, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) serta Parti Bersatu Sabah (PBS). – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *