Pemberian komputer riba bukanlah hanya menjaring angin

KOTA KINABALU : Datuk Abdul Rahman Dahlan mantan Ahli Parlimen Kota Belud, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, merangkap Ketua Bahagian UMNO Tuaran mempersoal kewajaran pemberian 10 ribu komputer riba dengan nilai perbelanjaan RM15 juta oleh Kerajaan Negeri.

Abdul Rahman turut memberi pandangan dalam pautan laman muka buku beliau bahawa jumlah perbelanjaan RM15 juta itu adalah lebih baik untuk dibelanjakan bagi tujuan membantu peniaga kecil dan orang kampung.

Titik tolak daripada pertikaian tersebut, Fairuz Renddan menjelaskan pemberian awal 10 ribu unit komputer riba dengan nilai perbelanjaan RM15 juta oleh Kerajaan Negeri Sabah merupakan satu pelopor kepada usaha yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan tegas Fairuz Renddan ADUN Pintasan merangkap Ketua ARMADA Negeri Sabah dalam satu sidang media hari ini.

“Pemberian awal komputer riba daripada Kerajaan Negeri ini boleh dikatakan sebagai perintis kepada usaha seterusnya dari Kerajaan Persekutuan yang mana insyaAllah akan memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar,” katanya

Pemberian komputer riba ini merupakan bukti keprihatinan Kerajaan Negeri Sabah dibawah kepimpinan Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor Ketua Menteri Sabah bagi memastikan tidak ada pelajar yang tercicir dalam pembelajaran.

“Tujuan pemberian komputer riba ini adalah hanya satu, dan jelas sekali adalah untuk memastikan supaya tidak ada pelajar yang tercicir dalam pembelajaran, inilah bukti keprihatinan Kerajaan Negeri Sabah yang diterajui oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Jelasnya lagi, “Pada saya, kita patut gembira apabila khabar baik ini diumumkan kerana manfaat ini adalah untuk anak-anak kita di Sabah, yang bakal menerajui dan membawa kejayaan kepada negeri kita kelak,”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *