Pemantauan terhadap pematuhan SOP Covid-19 PKP di kilang perusahaan IPD Tawau

TAWAU: Pasukan Pemantau OP PATUH IPD Tawau telah membuat pemantauan terhadap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 PKP di kilang perusahaan sekitar pentadbiran IPD Tawau pagi tadi.

Kawasan-kawasan yang diberi tumpuan adalah di kawasan kilang Tanjung Batu Laut, Batu 3 Jalan Apas dan Batu 4 Jalan Apas, Tawau serta lain-lain tempat yang menyasarkan kawasan perindustrian termasuk tempat penginapan pekerja yang berisiko tinggi di daerah ini.

Tumpuan operasi adalah memastikan perindustrian tersebut serta pekerja dan majikan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) meliputi:–

Surat kebenaran MITI

– Pendaftaran MySejahtera

– Pemakaian Facemask

– Penyukat Suhu

– Hand Sanitizer

– Penjarakan Fizikal

Beberapa sektor perindustrian telah dikenalpasti terdapat di daerah ini. Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar SOP serta arahan kerajaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan akta-akta sedia ada yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published.