Pemantauan petugas Sekatan Jalan Raya (SJR)

KOTA KINABALU, 30 Jun 2021: Lawatan oleh YDH DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah ini telah diadakan pada jam 1 pagi bertempat di Lokasi SJR 5 Jalan Tuaran By Pass Telipok Kota Kinabalu.

Lawatan serta pemantauan ini adalah rangka kerja dalam memastikan segala perancangan penugasan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dijalankan.Dalam pada itu, YDH DCP Datuk Mazli bin Mazlan sempat meluangkan masa meninjau di sekitar lokasi SJR dan juga beramah mesra serta memberikan sedikit nasihat kepada petugas SJR.

Lawatan oleh YDH DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah yang turun sendiri ke lapangan, akan meningkatkan lagi keyakinan dan ketahanan mental serta fizikal pegawai dan anggota yang bertugas di lapangan dalam sama-sama memerangi penularan wabak COVID-19 di Daerah Kota Kinabalu.

Hasil pemantauan mendapati kesedaran semakin ketara dikalangan orang ramai apabila menunjukkan kehadiran mereka sebelah malam adalah sangat berkurangan jika dibandingkan sebelum ini.Kesedaran masyarakat terhadap arahan kerajaan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 adalah dipatuhi sepenuhnya.

Sumber Berita: Polis Daerah Kota Kinabalu (Page)

Leave a Reply

Your email address will not be published.