PDRM Tawau semakin agresif membanteras jenayah

TAWAU: Operasi semakin giat dilaksanakan oleh Polis Diraja Malayasia (PDRM) Daerah Tawau dalam membanteras dadah dan menangkap penjenayah yang dilakukan di sekitar Daerah Tawau.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Tawau telah membuat tangkapan seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing serta membuat rampasan 6.34 gram dadah disyaki jenis syabu.

Selain itu, seorang lelaki yang merupakan warga asing telah berjaya ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Tawau bagi membantu kes pecah rumah yang disiasat oleh pihak polis.Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

Tawau ke arah damai dan sejahtera menjadi satu misi PDRM Tawau untuk membanteras habis-habisan jenayah agar keselamatan masyarakat terjamin.

Leave a Reply

Your email address will not be published.