Pasukan Pengalat Diki julang Piala Parlimen Papar

PAPAR: Pasukan Pengalat Diki dinobatkan juara Piala Parlimen Papar sempena Kejohanan Bola Tampar Wanita Piala Srikandi BERSATU Papar selepas menumpaskan pasukan UN Team dan pasukan Dansanak PDM pada saingan peringkat Juara Antara Juara.

Kejohanan anjuran bersama SETIAKAWAN Sabah berkenaan telah berlangsung di Gelanggang Berbumbung Padang Pekan Papar.

Pasukan Pengalat Diki sebelum itu turut menjuarai Kategori DUN Kawang setelah menumpaskan pasukan Kayangan diperlawanan akhir.

Selaku juara Parlimen Papar, pasukan Pengalat Diki meraih hadiah wang tunai RM3,000 berserta piala dan turut membolot hadiah wang tunai RM1,000 bagi Kategori DUN.

Kejohanan dua hari itu telah dilancarkan serentak bersama Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Parlimen Papar oleh Ketua BERSATU Bahagian Papar Datoโ€™ Sri Gulamhaidar Khan Bahadar, merangkap ADUN N.28 Kawang.

Sebanyak 17 pasukan bola tampar wanita dari kawasan Parlimen P.175 Papar telah menyertai kejohanan itu.

Pasukan Terbaik disandang oleh pasukan UN Team dari DUN Limbahau.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Datoโ€™ Sri Gulamhaidar Khan Bahadar, ADUN N.27 Limbahau Datuk Juil Nuatim danย  Datoโ€™ Armizan Mohd Ali, Pengerusi Setiakawan Sabah merangkap Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri Sabah.

Turut hadir ialah Fahzean Hj Mohiddin, Ketua Srikandi BERSATU Bahagian Papar, Datuk Ag Buhtamam Hj Ampuan Mahmun, Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Papar, Azrul Hj Ibrahim, Ketua Armada BERSATU Bahagian Papar, Roslie Hj Ibrahim, Setiausaha Bahagian BERSATU Papar merangkap Presiden ASTAKA Negeri Sabah, dan  Jamibah @ Zainap Ramlee, Naib Ketua Srikandi BERSATU Papar.

Kejohanan telah diadili oleh Wan Suhaimi Mohd Kassim dan Liew Wen Jun. -Sabah360

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *