Operasi Ops Gempur JAS Negeri Sabah fokus pencemaran sungai

KOTA KINABALU :Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah sedang giat menjalankan Operasi Gempur (Ops Gempur) bermula bulan ini.

Pengarahnya, Amirul Aripin berkata
pemeriksaan dan penguatkuasaan ini melibatkan seramai 40 orang pegawai penguatkuasa JAS Negeri Sabah.

“Objektif Ops Gempur pada kali ini adalah untuk memastikan pihak industri mematuhi kehendak perundangan alam sekitar dalam mereka menjalankan operasi premis.

“Di samping itu Ops Gempur ini juga dilaksanakan bagi memastikan isu pencemaran alam sekitar terus ditangani oleh JAS Sabah secara konsisten dengan mematuhi norma baharu.

“Kriteria premis untuk diperiksa semasa Ops Gempur JAS Sabah ini adalah premis yang terletak di hulu takat pengambilan air atau lembangan sungai yang sensitif, premis sering diadu/bermasalah, premis menghasilkan beban pencemaran atau buangan terjadual yang tinggi, premis yang dilesenkan oleh JAS serta premis yg beroperasi secara haram serta menyebabkan pencemaran.

“JAS Sabah terus mengambil tindakan tegas dan tiada kompromi kepada penjenayah alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Dalam pada itu, Amirul turut berterima kasih kepada orang awam yang membantu memberi maklumat mengenai aktiviti pencemaran alam sekitar di samping menyeru agar tampil memberi maklumat.

“Saya menyeru orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my,” katanya.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *