NGO beri sumbangan kepada Srikandi Ranau
RANAU: Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Ranau menerima sumbangan barangan makanan daripada Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah untuk diagihkan kepada keluarga yang terjejas semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan pandemik COVID-19.
Ketuanya, Datuk Amisah Yassin berkata sumbangan daripada semua pihak adalah amat dialu-alukan.
“Kita amat mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak kerana memang ramai rakyat kita yang kehilangan sumber pendapatan kerana COVID-19.
“Saya yakin kerajaan negeri dibawah pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus membantu rakyat yang memerlukan bantuan dan tidak akan ada yang terkecuali, Insya-Allah,” katanya dalam satu kenyataan selepas menerima sumbangan terbabit, disini, hari ini.
Amisah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik turut menzahirkan penghargaan beliau kepada Presiden Persatuan, David Chan kerana telah menghulurkan sumbangan untuk membantu penduduk kampung.
Sebanyak 40 bakul makanan dan kampit beras telah disumbang oleh persatuan terbabit dan Amisah juga turut menyumbang 60 bakul untuk penduduk yang terjejas di sekitar Ranau.
Terdahulu, Srikandi BERSATU Ranau juga telah pernah menerima 50 kampit beras daripada persatuan itu dan telah diagihkan kepada golongan terjejas di kawasan yang sama.
Tamat