Muka baharu masih diberi masa — Kim Swee

Menjelang permulaan Liga Super musim 2022, jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, memberikan masa kepada muka baru untuk menyerlah kekuatan masing-masing walaupun saling mengenali dengan beberapa pemain menerusi bimbingannya ketika skuad B23 tahun negara.

Membabitkan pemain seperti Khairul Fahmi Che Mat, Baddrol Bakhtiar, Irfan Fazail dan Dominic Tan, Kim Swee turut berkongsi kepada Zulhelmi Zainal Azam mengenai pemilihan pemain import baru skuad Badak musim ini.

“Setiap pasukan memerlukan masa dan selepas lima minggu bersama pemain ini, keserasian masih perlu dicari sementara mereka perlu mencari kombinasi dengan pemain import yang bakal dibawa masuk,” kata Kim Swee.

Ini adalah lumrah bagi setiap jurulatih, selepas lama berkerjasama dengan pemain, mereka mengetahui apa yang diperlukan oleh jurulatih dan saya juga mengetahui apa yang diperlukan mereka.

“Saya berharap pengalaman pemain tersebut dapat digunakan sebaik mungkin sekaligus memberikan ilmu kepada pemain muda pasukan.”

Sementara itu, bagi ketua jurulatih Sarawak United FC, E. Elavarasan pula, persiapan pasukannya memang misteri.

Ketika pesaing Liga Super musim 2022 sedang berbelanja persiap pasukan, Sarawak United dilihat lebih berdiam diri tanpa mendedahkan perancangan pasukan.

sumber:- SA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *