MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

Kota Kinabalu | Mesyuarat JK Penyelarasan Pembangunan Pendidikan Negeri Sabah di Menara Kinabalu. Antara agendanya ialah taklimat mengenai program TVET Malaysia oleh wakil Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Dato Shaharuddin Abu Sohot SU Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, KPT Malaysia.Menarik, kebolehpasaran pelajar TVET menurut taklimat ini mencecah 90 peratus.

Kerajaan juga menubuhkan Majlis TVET Kebangsaan. Mesyuarat akan mendapat maklumat lanjut mengenai TVET Tahfiz. Ahli mesyuarat juga menerima taklimat dari Jabatan Pendidikan Negeri Sabah mengenai beberapa perkembangan guru dan dasar 90/10 serta isu projek sakit ; punca dan langkah penyelesaian.

Jawatankuasa Teknikal diwujudkan untuk memperinci isu, cadangan dan langkah penyelesaian segera.

Dalam mesyuarat ini saya memaklumkan perkembangan BUDI, BAKTI, BAGUS, BAIK, BISBAH, AKSA, BISTARI, IMPAC, Tabung Pendidikan Negeri Sabah dan penubuhan Sekretariat Mahasiswa Sabah yang menjadi antara insiatif Agenda Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat yang menunjangi Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Mesyuarat juga diberikan taklimat mengenai usaha pendigitalan data-data mengenai pendidikan di Sabah oleh Jabatan Komputer Negeri Sabah.Mesyuarat akan datang antaranya taklimat JHEAINS mengenai pendidikan , JAKIM mengenai KAFA dan Yayasan Sabah mengenai pendidikan.Moga Allah SWT memberkati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *