Membuka Meja di Kaki Lima Restoran Sudah Dibenarkan

KOTA KINABALU : Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, telah mengumumkan kebenaran bagi pengusaha atau pemilik restoran untuk membuka meja dan kerusi di ruang legar atau kaki lima premis bermula hari ini.

Jurucakap rasmi Covid-19 negeri Sabah itu juga telah mengingatkan bahawa walaupun keputusan ini telah dilakukan, semua pengusaha premis masih perlu mematuhi segala peraturan yang ditetapkan termasuklah urusan sewa tapak daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Menurutnya, keputusan membenarkan membuka meja di kaki lima premis ini dibuat adalah atas faktor negeri Sabah telah mencapai kadar vaksinasi lengkap melebihi 40 peratus dalam kalangan populasi dewasa di negeri itu.

Walaubagaimanapun, Masidi tetap menegaskan bahawa pematuhan SOP perlu dikawal ketat memandangkan kes yang berlaku di negeri itu masih tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *