Mekanik maut dihempap trak lori

PENAMPANG: Seorang lelaki maut selepas dihempap trak lori yang rebah secara tiba-tiba ketika sedang membaikpulih enjin lori berkenaan di Jalan Bundusan, di sini.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, mekanik berusia 58 tahun terbabit disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius di badan dan kepala.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.23 pagi.

Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

โ€œSetibanya dilokasi kejadian, mangsa masih terperangkap di bahagian enjin lori 10 tan berkenaan dan operasi mengeluarkan mangsa terus dijalankan.

โ€œSebaik berjaya dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut hadir membantu di lokasi kejadian,โ€ katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, pasukan bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.20 pagi – Sabah360

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *