Masidi: Sabah komited tuntut cukai jualan negeri daripada Repsol, SEAH

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah komited sepenuhnya menggunakan semua hak perlembagaan dan perundangan dalam menuntut cukai jualan negeri (SST) yang perlu dibayar untuk penjualan produk petroleum daripada Repsol Oil and Gas Ltd (Repsol) dan SEA Hibiscus Sdn Bhd (SEAH).

Menteri Kewangan Kedua Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata langkah itu adalah mengikut Enakmen Cukai Jualan Negeri 1988.

Masidi, yang juga menteri kerajaan tempatan dan perumahan negeri, merujuk kepada kenyataan Hibiscus Petroleum Bhd baru-baru ini berhubung keengganan membuat pembayaran SST oleh anak syarikat milik penuhnya Repsol dan SEAH.

โ€œUntuk rekod, kedua-dua Repsol dan SEAH telah memohon kepada Kementerian Kewangan Sabah dan kemudiannya dikeluarkan dengan lesen yang diperlukan sebagai โ€˜orang kena cukaiโ€™ menurut Peraturan Cukai Jualan Negeri 1999.

โ€œOleh itu, kerajaan negeri secara mutlak menyangkal dakwaan atas dasar Repsol dan SEAH enggan membuat pembayaran SST dan telah pun menuntut pembayaran yang sama,โ€ katanya dalam kenyataan.

Masidi mendakwa, terdapat perbincangan antara wakil pihak terlibat berhubung isu ini.

Bagaimanapun, perkara itu kini telah menemui jalan buntu dan kedua-dua syarikat kekal bertanggungjawab dan mempunyai kewajipan berterusan untuk membuat pembayaran bagi jumlah SST yang tertunggak, termasuk penalti.

โ€œKerajaan Sabah berhak untuk mengambil sebarang tindakan yang difikirkan perlu mengikut kuasa, pihak berkuasa dan bidang kuasa negeri,โ€ katanya.

โ€“ BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *