MAFI pelbagaikan aktiviti ekonomi pertanian luar bandar Sabah

BELURAN: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan meningkat lagi usaha untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi berasaskan pertanian di kawasan luar bandar di negeri ini bagi membantu penduduk meningkatkan hasil pendapatan.ย 

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata tanaman yang menjadi tumpuan adalah buah-buahan yang dapat mengeluarkan hasil dalam jangka masa pendek, bernilai komersial dan mampu memberi pulangan yang baik. 

โ€œSaya akan meminta jabatan dan agensi dibawah MAFI untuk membantu melihat potensi aktiviti ekonomi berasaskan pertanian agar penduduk di kawasan luar bandar dapat merasai pulangan yang lebih cepat seterusnya meningkatkan hasil pendapatan,โ€ katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Penduduk Kampung Tampat di Paitan, semalam. 

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang juga ADUN Labuk Samad Jambri. 

Sejajar dengan usaha itu, Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata MAFI telah melaksanakan projek perintis tanaman nanas MD2 di Kampung Rungus Beluran sebanyak 26,000 pokok yang telah dimulakan pada Januari 2020 dan telah mula mengeluarkan hasil pada April lepas.ย 

โ€œKita harapkan agar projek perintis tanaman nanas MD2 diusahakan di Kampung Rungus akan dapat mengalakkan pengusaha lain di negeri ini untuk mencebur diri dalam penananam nanas,โ€ katanya sambil menambah Sabah mempunyai tanah yang luas dan baik boleh diusahakan untuk tanaman nanas. 

Beliau berkata nanas merupakan antara buah-buahan yang dieksport secara meluas dari Semenanjung Malaysia dan mendapat sambutan di peringkat antarabangsaย 
Melihat kepada potensi tanaman nanas ini, Ronald berkata MAFI dalam usaha mewujudkan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) di Sabah yang telah mendapat kerjasama baik daripada kerajaan negeri Sabah bagi merealisasikan usaha ini.ย – UTUSAN BORNEO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *