MAFI & LKIM terus jaga kebajikan golongan nelayan

BELURAN: Pemberian bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) berjumlah RM300 yang diberikan setiap bulan kepada nelayan ini juga menunjukkan keprihatinan dan komitmen Kerajaan Persekutuan melalui LKIM dalam memainkan peranannya dalam menjaga kebajikan serta memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi nelayan.

Kadar ESHN juga telah ditingkatkan oleh Kerajaan bermula Januari 2021, iaitu daripada RM 250 kepada RM300 sebulan. Ini adalah manifestasi dan bukti keprihatinan Kerajaan terhadap golongan nelayan.

Dalam majlis ini juga, Dr. Ronald turut menyerahkan ‘Mock Cheque’ bantuan bangunan baharu Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Beluran dengan peruntukan sebanyak RM528 ribu.

Melalui PNK Beluran dan PNK baharu di Sugut yang bakal diwujudkan nanti, diharap lebih ramai nelayan didaftar sebagai ahli untuk memperoleh bantuan Kerajaan seperti permohonan lesen perahu dan lesen perikanan.

Kerajaan melalui MAFI dan LKIM akan terus menjaga kebajikan serta memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi golongan nelayan yang merupakan antara barisan hadapan penting dalam memastikan kelangsungan bekalan makanan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *