MAFI dan MPN laksana program bersama Komuniti Agromakanan Johor

PAGOH (Johor): Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan Majlis Pemulihan Negara (MPN) pada hari ini telah mengadakan program bersama Komuniti Agromakanan Johor bagi menerangkan peranan MAFI dan MPN ketika negara menempuhi fasa endemik dan pemulihan akibat pandemik COVID-19.

Ianya disampaikan oleh Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri MAFI Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee di Kompleks Sukan Pagoh, Muar yang dihadiri seramai 500 orang yang terdiri daripada komuniti agromakanan negeri Johor.

Pelan Pemulihan Negara (PPN) memainkan peranan penting untuk merintis perjalanan Malaysia keluar dari krisis pandemik ini secara teratur dan berkesan.

Pelaksanaan PPN dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menunjukkan impak positif apabila ekonomi Malaysia kini beransur pulih dengan pembukaan semula aktiviti ekonomi dan sosial yang lebih luas.

Ronald dalam ucapannya pada majlis itu berkata kerajaan di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Muhyiddin telah berusaha sedaya-upaya bagi memastikan wujud keseimbangan antara kehidupan dan keperluan melindungi nyawa, di samping menjamin kesejahteraan rakyat sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

Menurut beliau, kejayaan pada hari ini dalam menangani pandemik COVID-19, termasuk kejayaan program vaksinasi adalah hasil kepimpinan Muhyiddin.

“Sejak COVID-19 melanda negara, kerajaan di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah melaksanakan pelbagai pakej bantuan dan rangsangan ekonomi yang berjumlah lebih RM530 billion bagi memastikan kehidupan dan kebajikan rakyat sentiasa terbela,” katanya menerusi kenyataan media oleh MAFI.

Pada masa yang sama, Ronald berkata sektor agromakanan juga telah diberi keutamaan sebagai satu perkhidmatan perlu bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan Negara.

Beliau berkata Dana Khas Persatuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) sehingga hingga RM200,000 juga diberikan kepada setiap Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dan Persatuan Peladang Kawasan (PPK).

“Johor juga tidak ketinggalan, dua PPK di Pagoh sahaja, iaitu PPK Pagoh dan PPK Gambir masing-masing turut menerima peruntukan lebih RM1 juta antara tahun 2020 dan 2021 di bawah Perdana Menteri ke-8,” katanya.

Sektor agromakanan merentasi semua subsektor telah menerima pelbagai dana-dana yang diberikan melalui pakej-pakej seperti Prihatin, Penjana dan Dana Jaminan Makanan berjumlah hampir RM1 billion bagi dimanfaatkan oleh petani, peladang, nelayan, penternak dan semua golongan sasar sektor agromakanan.

Dalam program tersebut turut disampaikan sumbangan Bakul Makanan MAFI Prihatin oleh Muhyiddin kepada 500 penerima komuniti agromakanan di Johor yang terkesan dengan penularan pandemik COVID-19 dan bencana banjir. -SNT

Leave a Reply

Your email address will not be published.