Lelaki dikhuatiri lemas ketika menjala

TENOM: Seorang lelaki yang hilang ketika menjala ikan di Sungai Padas, Panawan Kuala Tomani, di sini, sejak Sabtu lalu, masih gagal ditemui.

Mangsa Alphonius @Ebon Ambabai, 25, dipercayai lemas ketika cuba menyeberangi sungai berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi pencarian yang dijalankan hari ini terbahagi kepada empat kumpulan.

Katanya, operasi itu menggunakan kaedah ‘surface rescue’ di tebing sungai sepanjang empat kilometer.

“Mangsa masih belum ditemui dan operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 5.10 petang tadi,” katanya hari ini.

Beliau berkata, operasi akan disambung semula esok. -BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *