Lebih 50% Dewasa di Sabah telah Menerima Suntikan Lengkap Vaksin Covid-19

KOTA KINABALU : Menurut jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, setakat Jumaat, 51.1 peratus atau lebih 1.33 juta penduduk dewasa di Sabah telah menerima suntikan lengkap vaksin Covid-19.

Masidi turut memberitahu bahawa sejumlah 67 peratus atau lebih 1.88 juta penduduk dewasa Sabah pula telah menerima dos pertama vaksin COVID-19.

“Program vaksinasi di negeri ini berjalan lancar dan kita sedang berusaha meningkatkan kadar vaksinasi ini bagi melindungi rakyat daripada COVID-19,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *