Lapan perkara teras jadi hala tuju MaPTIS
KOTA KINABALU : Lapan perkara teras yang berimpak tinggi dan memberi kesan yang signifikan dilihat menjadi teras kepada hala tuju Majlis Pembangunan Teknologi dan Inovasi Sabah (MaPTIS).
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, perkara teras yang dirumuskan menerusi mesyuarat MaPTIS itu juga akan dijadikan sebagai dokumen untuk dibawa kepada tindakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
โMaPTIS ini telah dianggotai oleh beberapa rakan yang juga pakar-pakar daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS); Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah dan beberapa agensi serta badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.
โMesyuarat pertama kali ini telah berjaya membincangkan lapan perkara yang kita lihat sebagai teras kepada hala tuju majlis ini dan hasil rumusan mesyuarat ini kita jadikan sebagai satu dokumen yang akan diangkat kepada Ketua Menteri bagi mendapatkan kelulusan dan tindakan Kerajaan negeri,โ katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MaPTIS Bilangan Satu 2022 di sini hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Tetap, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Zainudin Aman, Ketua Pengerusi, Jawatankuasa Teknikal MaPTIS Profesor Madya Technologist Dr. Ramzah Dambul, Naib Canselor, UMS Profesor Datuk Chemist Technologist Dr. Taufiq Yap Yun Hin dan Rektor, UiTM Cawangan Sabah Datuk Profesor Madya Dr. Haji Abdul Kadir Rosline.
Antara perkara yang diputuskan adalah Kedaulatan, bioekonomi melalui agriculture; Projek meningkatkan pengeluaran beras negeri Sabah daripada 30 peratus kepada 50 peratus dalam tempoh tiga tahun; Projek pengurusan bencana banjir di Sabah dan Model transformasi sempadan Borneo.
Selain itu, turut diputuskan adalah Pengukuhan keselamatan dan sosio ekonomi; Penjejakan masa sebenar dari lokasi pengeboman ikan menggunakan teknologi โsot sportโ; Pelaksanaan Myrich Skil Inkubator Seni Kreatif Akademi ย dan Majlis Anugerah Sains dan Inovasi Negeri Sabah sebagai pengiktirfan kepada Saintis.
Terdahulu Yakub berkata, MaPTIS telah ditubuhkan bertujuan untuk memastikan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) sebagai โenablerโ kepada sektor pelancongan, perindustrian dan pertanian bagi menjayakan misi Sabah Maju Jaya (SMJ).
Katanya, majlis itu juga akan membantu Kementerian bagi mengukuhkan fungsi dan peranannya dalam merangka dasar, strategi, latihan berteknologi tinggi dan program pembangunan STI dan sebagai pembuat keputusan dan memberi mandat kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) untuk melaksanakan hal ehwal yang berkaitan STI.
โPeranan MaPTIS adalah seperti peranan Majlis Sains Negara di peringkat Persekutuan yang diselaraskan oleh MOSTI,โ katanya. -SM