KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN SUKARELAWAN KANSER SABAH TERHADAP PENOLONG PEGAWAI DAERAH MEMBAKUT

Membakut โ€“ Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah(PSKS) telah membuat kunjungan hormat terhadap Penolong Pegawai Daerah Membakut Tuan Ibrahim Bin Terki . Kunjungan diketuai Presiden Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah Tuan Lawrence Imui dan disertai Ketua Penerangan Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah Tuan AliHussin Turut serta Puan Hjh Surayah Bte Haji Ibrahim โ€“ Penyelaras Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah Daerah Membakut , Tuan Awang Hazim Bin Awang Basir โ€“ Setiausaha Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah Daerah Membakut , Puan Chiam Moi Fah โ€“ Bendahari Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah Daerah Membakut . Dalam pertemuan itu selama kira-kira sejam, Penolong Pegawai Daerah Membakut turut mendengar taklimat mengenai Persatuan Sukarelawan kanser Sabah serta amalan kerja terbaik dilaksanakan oleh persatuan dalam membantu kumpulan sasar. Selain itu beliau turut menyentuh berkenaan beberapa program yang akan diadakan oleh Persatuan PSKS di Daerah Membakut yang mana akan turut membuat kunjungan hormat terhadap YB Datuk Haji Mohd Arifin Arif Menteri Tugas- Tugas Khas Negeri Sabah / Ahli Dewan Undangan Negeri N.31 Membakut dalam masa terdekat .
Selepas kunjungan hormat terhadap penolong pegawai daerah membakut , Tuan Lawrence Imui telah bersemuka dan bersuaikenal dengan barisan Jawatankuasa Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah Daerah Membakut . Beliau telah secara rasmi mengesahkan penubuhan dan Jawatankuasa Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah Daerah Membakut yang diketuai oleh Puan Hjh Surayah Bte Haji Ibrahim selaku Pengerusi Penyelaras ย Daerah.
CAPTION : GAMBAR BERSAMA JAWATANKUASA PERSATUAN SUKAREALAWAN KANSER SABAH DAERAH MEMBAKUT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *