Kumpulan Warisan Harta Sabah laksana CSR di Ranau

RANAU: Sejumlah RM163,760 telah disumbangkan Kumpulan Warisan Harta Sabah dalam satu Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang diadakan di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, daerah ini bertuah kerana menjadi pilihan kumpulan berkenaan untuk melaksanakan CSR.

“Antara yang menerima sumbangan ialah Tadika Dinamik Wawasan sebanyak RM80,000, SMK Timbua (RM13,760), SK Kundasang (RM18,000), SK Perancangan (RM10,000), SK Sagiban (RM7,000), Sahimin Jaiman (RM20,000) dan San Sandi (RM15,000).

“Selain itu, mereka juga telah menyumbangkan RM18,000 untuk menaik taraf gelanggang simen bola tampar SK Kundasang,” katanya ketika berucapp pada Program CSR Kumpulan Warisan Harta Sabah, di sini, hari ini.

Selain itu katanya, kumpulan berkenaan turut menyampaikan pelbagai bentuk sumbangan kepada SK Perancangan (Broadcast Intercom PA System, pembaikan stor kemahiran hidup), SK Sagiban (200 buah kerusi plastik, dua biji bola tampar, dua unit jaring bola tampar), SMK Timbua (18 pasang kasut spikes, dua unit jaring bola sepak, pembaikan almari pelajar asrama).

Menurutnya, kumpulan berkenaan juga prihatin dengan keadaan sosial penduduk kampung di Kundasang apabila mereka turut memperbaiki rumah daif Sahimin Jaiman di Kg Debut Langsat dan San Sandi dari Kg Perancangan Ranau.

“Saya berharap lebih banyak syarikat dan badan-badan korporat akan melaksanakan program seumpamanya dalam usaha membantu lebih ramai lagi rakyat Sabah yang memerlukan,” katanya. – Utusan Borneo Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *