Kumpulan Sawit Kinabalu serah zakat perniagaan

KOTA KINABALU: Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Kumpulan Sawit Kinabalu bagi tahun 2021 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) berjumlah RM 8,006,491.84 (Ringgit Malaysia: Lapan Juta Enam Ribu Empat Ratus Sembilan Puluh Satu dan Sen Lapan Puluh Empat Sahaja).

Penyerahan Zakat Perniagaan Kumpulan Sawit Kinabalu disampaikan oleh Y.Brs Tuan Bacho Jansie, Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu manakala penerima daripada MUIS diwakili oleh YBhg. Ustaz Hj Malai Ali bin Malai Ahmad, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

Penyerahan Wakalah Zakat Perniagaan Kumpulan Sawit Kinabalu berjumlah RM100,000.00 disumbangkan kepada Yayasan Nur Jauhar (YNJ). .

Majlis disaksikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin bersama YB. Datuk Haji Arifin bin Mohd Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas Negeri Sabah. Majlis berlangsung di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *