Kumpulan Sawit Kinabalu meterai MoU bernilai RM235 juta

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor menyaksikan tandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) yang bernilai RM235 juta diantara Kumpulan Sawit Kinabalu dengan dua pelabur tempatan di sini, hari ini.

Kedua-dua pelabur berkenaan ialah Borneo Lestari Sdn Bhd yang dimiliki dua ahli perniagaan Sabah dan Admuda Suger Sdn Bhd dari Selangor.

Pelaburan yang dilakukan kedua-dua syarikat itu adalah dibawah inisiatif lima tahun Pelan Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ)

Hajiji yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu berkata, halatuju SMJ yang dilancarkan bulan lepas telah menampakkan hasil. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua pihak bekerjasama bagi menjayakan pelan berkenaan. Sawit Kinabalu juga dijangkakan akan kekal sebagai sebuah GLC yang progresif.

Kumpulan Sawit Kinabalu akan bersama-sama Admuda Suger untuk membina kilang gula di Kimanis, Papar. Sementara Projek penternakan Ikan Siakap (Barramundi) akan diusahakan bersama dengan Borneo Lestari di Langkon Kota Marudu.

Pelaburan Admuda Suger bernilai RM150 juta akan dilaksanakan pada tanah seluas 79 ekar milik Kumpulan Sawit Kinabalu di Kimanis.

Kilang guna berkenaan akan menjadikan Sabah buat julung kalinya sebagai pengeluar gula dengan jenama Gula Kinabalu. Ianya akan beroperasi dalam tempoh setahun lagi.

Borneo Lestari dijangkakan akan melabur sejumlah RM85 juta pada empat fasa projek akuakultur berkenaan pada tanah seluas 35 ekar juga milik Kumpulan Sawit Kinabalu di Langkon.

Dengan menggunakan Sistem Akuakultur Resirkulasi, projek berkenaan berupaya menghasilkan minimum 1,000 sehingga 1,250 tan ikan barramundi setahun.

Kedua-dua projek dijangkakan akan mewujudkan 1,000 peluang pekerjaan secara langsung dan 1,000 lagi secara tidak langsung.

Dalam pada itu, sempena dengan Bulan Ramadan, beliau turut menyumbangkan RM10,000 daripada Kumpulan Sawit Kinabalu kepada Madrasah Tahfiz Darul Ullum Azzkia’ Kampung Sagang Pengalat Besar Papar serta Rumah Anak Yatim dan Miskin Home Tuaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.