Krismas 2021- Ketepi perbezaan fokus kepada penyatuan

KOTA KINABALU: Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor Ketua Menteri Saba untuk bersama-sama mengenepikan perbezaan dan fokus kepada nilai yang menyatukan dan bukan memecahbelahkan sesama rakyat.

“Marilah kita bersama-sama ketepikan perbezaan dan fokus kepada nilai yang menyatukan dan bukan memecahbelahkan kita. Ayuh, bersama kita memasang azam dan iltizam untuk berusaha lebih kuat pada tahun 2022 agar apa yang kita hajati akan dicapai dengan jayanya.

“Sungguhpun sambutan pada kali ini masih secara sederhana kerana perjuangan kita memerangi penularan wabak COVID-19 masih belum berakhir, ia bukan penghalang kepada kita untuk meraihkannya dengan penuh kemeriahan bersama keluarga tercinta dan sanak saudara khususnya bagi masyarakat Kristian di negeri Sabah.

“Semoga sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu 2022 ini akan membawa sinar kegembiraan dan kebahagiaan dalam kehidupan anda sekeluarga,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya disini semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *