KPDNHEP Sandakan buat pemeriksaan dan pemantauan bekalan minyak subsidi

Sandakan: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Sandakan berada di Sapi Nangoh Sandakan bagi membuat pemeriksaan dan memantau penghantaran bekalan minyak masak paket 1kg bersubsidi dibawah Program Prihatin Keluarga Sandakan oleh pemborong yang telah kami lantik iaitu Yusuf Enterprise kata Azdy Zukkry John Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDNHEP Cawangan Sandakan.

“Sebanyak hampir 2 MT bekalan minyak masak telah berjaya diedarkan kepada 6 premis peruncit di sekitar Sapi Nangoh. Semoga usaha Keluarga Sandakan yang kecil ini dapat memberikan manfaat kepada pengguna di kawasan luar bandar.

“Ini adalah bukti Keluarga Sandakan tidak meminggirkan pengguna di kawasan luar bandar. Kami akan sentiasa berusaha sehabis baik bagi memastikan bekalan barang perlu dapat sama dinikmati di semua peringkat masyarakat. InsyaAllah,” katanya lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *