Kongsi Ilmu Pengetahuan Daripada Kursus Yang Diperolehi Bersama Keluarga, Masyarakat – Juliah

TUARAN: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag merasmikan penutupan Kursus Ilmu Keluarga@LPPKN yang disertai lebih 70 peserta daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini, di sini pada Selasa.

Program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) negeri Sabah itu memberi fokus kepada Pengurusan Kewangan Keluarga dan juga penglibatan pusat keluarga bergerak yang memberikan perkhidmatan seperti pendaftaran mamogram, HPV DNA dan pemeriksaan kesihatan kepada masyarakat di daerah Tuaran.

Sambil menegaskan program ini adalah satu titik permulaan yang baik dan wajar diteruskan agar masyarakat sentiasa mendapat perkhidmatan yang ditawarkan oleh LPPKN.

Juliah berharap semua peserta ini juga akan berkongsi ilmu yang diperoleh bersama keluarga serta penduduk di peringkat akar umbi.- SM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *