KM terima kunjungan Menteri MAFI
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia (MAFI) Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).
Semasa kunjungan itu, Ronald memberi taklimat berkenaan program pembangunan pertanian dan industri makanan yang telah dan akan dilaksanakan oleh di Sabah.
Hadir sama dalam kunjungan itu ialah Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras MAFI Azman Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Nenas Malaysia Mohd Khairuzamri M Salleh, Pengarah Pembangunan Peladang Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Abu Sujak Sanusi dan Pengarah Kawalan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud Salmah Labulla.