KKIP Power bayar dividen RM2 juta kepada syarikat induk

KOTA KINABALU: KKIP Power Sdn Bhd membayar dividen sebanyak RM2 juta kepada syarikat induknya, Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) Sdn Bhd.

Cek berkenaan dihulurkan kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga merangkap Pengerusi KKIP Sdn Bhd, Datuk Dr. Joachim Gunsalam.

KKIP Power Sdn Bhd ditubuhkan pada 10 Oktober 1996 dengan tujuan untuk melengkapkan KKIP Sdn Bhd yang telah menerajui program perindustrian kerajaan dalam pelaksanaan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) iaitu sebuah Taman Perindustrian baru yang meliputi kawasan sekitar 3,600 hektar.

Taman berkenaan merangkumi pembangunan bersepadu zon perindustrian, pusat komersial dan pameran, institut pembelajaran dan pusat latihan kemahiran, kawasan perumahan dan rekreasi / pelancongan.

Turut hadir ketika pemberian cek adalah ahli Lembaga Pengarah KKIP Sdn Bhd. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *